Malaysia

Tiada Keputusan Kenaikan Tarif Elektrik di Semenanjung Malaysia – TPM

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof, mengesahkan tiada keputusan dibuat mengenai kenaikan tarif elektrik di Semenanjung Malaysia setakat ini.

Fadillah, yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, menegaskan Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (Petra) belum menerima sebarang makluman daripada Tenaga Nasional Berhad (TNB) berkaitan cadangan kenaikan tarif.

“Sebarang kenaikan yang membebankan rakyat tidak akan dibenarkan, seperti ditegaskan Perdana Menteri,” katanya.

Beliau menjelaskan bahawa Petra dan Suruhanjaya Tenaga (ST) sedang memuktamadkan jadual tarif elektrik baharu yang dijangka berkuat kuasa pada Julai 2025, dengan kajian semula dilakukan berdasarkan harga bahan api seperti arang batu dan gas.

Untuk pengguna domestik dan perusahaan kecil dan sederhana (PKS), kerajaan akan terus memberikan subsidi bersasar 85% pengguna dengan penggunaan di bawah 1,500 kilowatt jam sebulan tidak terjejas.

Pengguna komersial dan industri dengan penggunaan tinggi perlu membayar mengikut kadar pasaran tetapi digalakkan memasang panel solar, sistem penyimpanan tenaga, dan melaksanakan langkah kecekapan tenaga.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker