Malaysia

Tiada kes culik kanak-kanak di Genting Highlands seperti yang tular – Polis

Tiada sebarang laporan berhubung kes cubaan menculik kanak-kanak di Genting Highlands seperti yang ditularkan oleh pengguna media sosial baru-baru ini.

Pada 9 Jun lalu sebuah tular sebuah video di sebuah laman sosial mengenai dakwaan berlakunya kejadian cubaan menculik kanak-kanak di Genting Highlands.

Namun setakat Selasa, pihak polis mendapati tiada sebarang laporan polis
diterima mengenai insiden tersebut.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintenden Zaiham Mohd Kahar berkata, pihaknya memohon individu berkaitan yang mempunyai maklumat untuk tampil membantu pihak polis membuka kertas siasatan.

Pihaknya memohon pemilik akaun tik tok ‘@awiegerbangmalam’ tampil ke ibu pejabat Polis Daerah Bentong untuk bantu pihak polis menjalankan siasatan ke atas insiden tersebut.

Zaiham turut memohon kerjasama mana-mana pihak yang mengalami kejadian seperti ini hadir ke balai polis berdekatan untuk membuat laporan polis terlebih dahulu.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker