Dunia

Tiada lagi amaran tsunami di Lingkaran Api Pasifik

Amaran tsunami di seluruh Lingkaran Api Pasifik ditarik balik Rabu lalu, membolehkan jutaan penduduk yang dipindahkan pulang ke rumah masing-masing.

Amaran itu dikeluarkan susulan gempa bumi kuat bermagnitud 8.8 yang melanda perairan Semenanjung Kamchatka, Rusia, dan mencetuskan amaran ombak besar hingga empat meter.

Beberapa negara termasuk Jepun, AS, Peru dan Chile mengambil langkah berjaga-jaga dengan memindahkan penduduk dan menutup pelabuhan serta membatalkan penerbangan.

Bagaimanapun, tiada kemusnahan besar berlaku, dan hanya gelombang kecil direkodkan di kebanyakan kawasan.

Satu-satunya kematian dilaporkan berlaku di Jepun, manakala negara lain menarik semula amaran selepas ancaman tsunami disahkan berakhir.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker