Malaysia

Tiada rombakan Kabinet susulan pemilihan PKR – Anwar

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan tiada rombakan Kabinet akan dibuat susulan keputusan pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) 2025.

Anwar berkata, pemilihan PKR adalah urusan dalaman parti dan tidak melibatkan kerajaan negeri atau pusat. Beliau turut menegaskan prestasi ahli Kabinet dinilai berdasarkan komitmen kerja, bukan faktor politik.

Sebarang isu berkaitan pemilihan akan dibincangkan dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR pada Rabu ini.

Pemilihan PKR kali ini menunjukkan beberapa pemimpin kanan parti tewas di peringkat cabang untuk jawatan ketua dan timbalan.

Antara yang kecundang ialah Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Nik Nazmi Nik Ahmad, Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air Akmal Nasir, Ahli Parlimen Batu P Prabakaran dan beberapa pemimpin lain.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker