Malaysia

Tiada siapa berani usul undi tidak percaya kerana takut Anwar ambil tindakan jika tidak jadi kerajaan – Tun M

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mendakwa tiada Ahli Parlimen yang berani membawa usul undi tidak percaya terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana bimbang berdepan tindakan undang-undang sekiranya tidak lagi bersama kerajaan.

Menurutnya, ramai Ahli Parlimen dalam blok kerajaan sebenarnya menyokong Anwar bukan kerana percaya kepada kepimpinannya, tetapi semata-mata mahu menyelamatkan diri daripada didakwa atau dipenjara.

Dr. Mahathir turut mengulas perhimpunan besar-besaran yang diadakan baru-baru ini di sekitar Dataran Merdeka, yang menyaksikan ribuan rakyat, khususnya orang Melayu, turun ke jalan menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap pentadbiran Anwar.

Walaupun media melaporkan jumlah kehadiran sekitar 15,000 orang, beliau percaya angkanya jauh lebih besar, mencecah hingga 200,000 peserta jika dihitung secara menyeluruh.

Tambah beliau, satu-satunya cara untuk menentukan sokongan sebenar rakyat terhadap Anwar ialah dengan membubarkan Parlimen dan mengadakan Pilihan Raya Umum.

Tun M menyifatkan cabaran dalam Dewan Rakyat sebagai tidak relevan kerana suasana politik yang didominasi oleh tekanan dan ketakutan, bukan kebebasan untuk menyuarakan pendirian.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker