Malaysia

Tiada unsur penderaan kes kematian pegawai kadet PALAPES UTM – ATM

Siasatan kematian pegawai kadet Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES) Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Syamsul Haris Shamsudin, 22, mendapati tiada unsur penderaan sepanjang latihan di Pusat Latihan Darat (PULADA), Skudai pada 28 Julai lalu.

Jawatankuasa siasatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) memaklumkan semua aktiviti dijalankan mengikut garis panduan dan piawaian keselamatan.

Manakala bedah siasat di Hospital Kota Tinggi mengesahkan tiada kesan kecederaan pada tubuh mangsa.

Kejadian berlaku pada hari kedua latihan inokulasi tempur yang disertai lebih 30 pelatih dan jurulatih.

Mangsa dilaporkan mengalami masalah kesihatan sebaik keluar daripada sesi latihan dan meninggal dunia selepas menerima rawatan awal mengikut prosedur.

Punca kematian sebenar akan diketahui selepas laporan penuh bedah siasat diperoleh, dijangka dalam tempoh dua hingga tiga bulan.

Setakat ini, siasatan tidak menemui sebarang unsur jenayah, namun ATM bersedia memberi kerjasama jika ada bukti baharu. Permintaan keluarga untuk bedah siasat kedua akan diputuskan oleh pihak polis atau hospital.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker