Malaysia

Tidak beri makanan kepada arnab peliharaan sehingga ia mati, peniaga didakwa ke Mahkamah sesyen di Ipoh

Kuala Lumpur, Oct 22 – Akibat tidak memberi makanan kepada arnab peliharaan sehingga ia meninggal dunia, seorang peniaga dihadap ke Mahkamah Sesyen di Ipoh, hari ini.

Bagaimanapun, tertuduh Shairazi Jamal Hatun, berusia 43 tahun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan.

Menurut fakta kes, lelaki itu didakwa tidak menyediakan makanan dan minuman bagi kedua-dua ekor arnab peliharaanya sehingga menyebabkan seekor daripadanya mati dan seekor lagi dalam keadaan terlalu kurus.

Difahamkan, perbuatan itu dilakukan dalam kawasan zoo haiwan peliharaan di Jalan Simpang Pulai, Kampung Kepayang, 9 Jun tahun lalu.

Mahkamah menetapkan sebutan semula kes pada 28 November depan untuk serahan dokumen dan lantikan peguam.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker