Tidak suka bertengkar petua Ethel Caterham hidup sehingga 115 tahun

Tidak suka bertengkar dan hanya melakukan perkara yang disukai.
Itu antara petua panjang umur yang diamalkan Ethel Caterham, 115, yang diiktiraf sebagai manusia tertua di dunia oleh Gerontology Research Group selepas kematian wanita Brazil, Inah Canabarro, 116, pada April lalu.
Kini menetap di rumah jagaan warga emas di Surrey, barat daya London, Ethel dilahirkan pada 21 Ogos 1909 di selatan England, lima tahun sebelum Perang Dunia Pertama.
Beliau pernah bekerja di India sebagai pengasuh, mengembara ke Hong Kong dan Gibraltar bersama suami yang juga pegawai tentera, dan membesarkan dua anak perempuan di Britain. Suaminya meninggal dunia pada tahun 1976.
Baru-baru ini, rumah jagaan tempat beliau tinggal memuat naik gambar sambutan ulang tahunnya yang ke-115 di Facebook yang mana Ethel disanjung atas kekuatan dan semangat hidupnya yang luar biasa.
Rekod manusia tertua dunia masih dipegang oleh Jeanne Calment dari Perancis, yang hidup hingga usia 122 tahun dan meninggal dunia pada tahun 1997.