Dunia

Tidur sambil ‘sleep call’ bersama lelaki lain, wanita cedera dipukul suami

Seorang wanita cedera di bahagian muka, badan dan tangan selepas dipukul suaminya susulan naik angin akibat mendapati isterinya tidur sambil membuat panggilan video bersama lelaki lain.

Kejadian di Kota Bengkulu, Pantai Barat Sumatera itu pada Jumaat lepas itu berlaku akibat ketidakpuasan hati suaminya yang menyedari telefon bimbit isterinya masih menyala meskipun sudah tertidur.

Berang melihat isterinya sedang ‘sleep call’ bersama lelaki lain, wanita itu kemudian dibawa ke rumah ibu bapa mertuanya yang terletak bersebelahan rumah dan tindakan isterinya itu dilaporkan kepada keluarga lelaki tersebut.

Si suami kemudian melepaskan kemarahan terhadap isterinya di hadapan rumah ibu bapanya sehingga mengakibatkan kecederaan teruk di beberapa bahagian tubuh badannya.

Lelaki tersebut bagaimanapun sudah ditahan pihak polis bagi membantu siasatan dan berdepan hukuman penjara lima tahun akibat perilakunya yang dikategorikan sebagai keganasan rumah tangga.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker