Tiga anggota kastam didakwa terima rasuah, untuk tidak periksa lori syarikat bawa masuk KLIA
Kuala Lumpur, Jun 6 – Tiga anggota penguat kuasa Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di Seremban atas enam pertuduhan menerima suapan bernilai lebih RM7,000.
Menurut sumber, tertuduh Earizal Mohd Khalid, Ngu Su Siew, dan Mohamad Izuwan Mohd Ali, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim.
Earizal didakwa dengan tiga pertuduhan menerima suapan secara berperingkat berjumlah RM2,950 antara 28 Mei 2017 hingga 3 Mac 2018, di sebuah bank manakala Ngu didakwa satu pertuduhan menerima suapan RM3,000 pada 20 Dis 2022 di cawangan bank di Nilai.
Sementara itu, Mohamad Izuwan pula didakwa dengan dua pertuduhan menerima suapan berjumlah RM1,200 pada 23 Ogos 2019 dan 31 Mac 2020 di cawangan bank di Nilai.
Ketiga-tiga tertuduh didakwamemperoleh suapan daripada sebuah syarikat melalui pemindahan wang secara dalam talian ke dalam akaun bank masing-masing sebagai dorongan untuk tidak memeriksa lori syarikat itu yang membawa keluar barang dari kargo Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Mereka didakwa mengikut Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta sama.