Malaysia
Tiga laporan kerosakan diterima susulan gempa bumi Segamat

Tiga laporan polis diterima berhubung kerosakan harta benda selepas gegaran gempa bumi lemah menggegarkan Segamat pada awal pagi Ahad.
Kerosakan yang dilaporkan melibatkan siling sebuah surau, retakan pada struktur rumah serta bangunan lain. Tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan setakat ini.
Pihak berkuasa sedang menjalankan pemantauan berterusan bagi memastikan keselamatan orang awam dan keadaan di daerah itu kekal terkawal.