Malaysia

Tiga lelaki buat aksi tarian ‘kuda kepang’ dipenjara, didenda RM2,000

Tiga lelaki yang tular dalam video ‘Show Puja Jin Batu Pahat’ ketika membuat persembahan kuda kepang di Parit Raja bulan lalu, dijatuhi hukuman penjara sebulan dan denda RM2,000 oleh Mahkamah Syariah Batu Pahat, pada Selasa.

Hakim Syarie menjatuhkan hukuman itu selepas mereka mengaku bersalah atas pertuduhan melakukan upacara pemujaan bertentangan akidah serta bersubahat dalam persembahan berunsur syirik.

Mahkamah turut memerintahkan hukuman penjara 14 hari jika gagal membayar denda, namun kesemua tertuduh telah menjelaskannya.

Kesalahan itu dilakukan antara 10 malam hingga 1 pagi, 10 dan 11 Ogos lalu di Parit Raja.

Pendakwaan dikendalikan pihak Jabatan Agama Islam Johor manakala ketiga-tiga tertuduh tidak diwakili peguam.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker