Malaysia
Tiga penjenayah ganas maut ditembak polis di Sepang

Tiga penjenayah warga asing ditembak mati selepas cuba menyerang polis di Desa Vista, Sepang, awal pagi tadi.
Kumpulan ini dipercayai terlibat dalam 17 kes pecah rumah dengan kerugian RM1 juta sejak tahun lalu.
Mereka cuba menyamun sebuah rumah sebelum dikesan polis dan melarikan diri ke hutan.
Polis berjaya menjejaki suspek, namun mereka bertindak agresif hingga memaksa tembakan dilepaskan.
Dua lagi ahli kumpulan dilaporkan masih diburu.