Malaysia

Tiga suspek kes kematian penutut universiti Cyberjaya direman lagi 7 hari

Siasatan kes pembunuhan penuntut wanita sebuah universiti swasta di Cyberjaya pada 24 Jun lalu bersambung semula pada Khamis dengan tiga suspek dikenakan direman tujuh hari lagi.

Ketiga-tiga suspek terbabit tiba dengan berpakaian lokap dan bergari di Mahkamah Majistret Sepang, di sini jam 8.40 pagi hari ini menaiki kenderaan polis.

Permohonan sambung reman itu dibenarkan oleh Majistret Khairatul Animah Jelani bermula hari ini hingga 10 Julai.

Terdahulu media melaporkan, seorang wanita yang juga penuntut sebuah universiti swasta di Cyberjaya, ditemui mati dipercayai dibunuh dalam bilik asramanya.

Penuntut Ijazah Sarjana Muda Fisioterapi, Maniishapriet Kaur, 20, yang berasal dari Sarawak, ditemui maut di unit kondominiumnya di Cyberjaya oleh seorang rakan pada jam 10 pagi, 24 Jun lalu.

Berdasarkan siasatan, rakan serumah mangsa yang juga kekasih suspek utama menyerahkan kad akses dan kunci rumah berkenaan kepada lelaki terbabit yang menjadi suspek utama untuk tinggal di kondominium itu sebelum kejadian.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker