Tikam rakan serumah 11 kali, mangsa ditemui berlumuran darah, 11 kesan tikaman, pangsa Desa Mentari,PJ
Kuala Lumpur, Julai 18 – Kejadian yang menggempurkan penduduk setempat di sebuah rumah pangsa bertempat Desa Mentari, Sungai Way, Petaling Jaya, Selangor awal pagi semalam apabila seorang lelaki bertindak menikam rakan serumannya dan mangsa ditemui berlumuran darah dengan 11 kesan tikaman di badan.
Menurut Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Ja’afar, kejadian pada jam 5.45 pagi itu dimaklumkan oleh orang awam menerusi panggilan kecemasan 999 selepas mendapati mangsa cedera dan berlumuran darah di kediamannya di tingkat lima rumah pangsa berkenaan.
Katanya lagi, polis yang tiba ke lokasi kejadian mendapati mangsa dipercayai ditikam terbaring di bahagian ruang tamu rumah, manakala suspek dijumpai dalam keadaan terbaring di tingkat bawah selepas disyaki cuba melarikan diri dengan melompat melalui tingkap dapur rumah itu.Tambah beliau, suspek terjun patah pinggang serta cedera di rusuk kanan.
Mengulas, pasukan perubatan dari Hospital Sungai Buloh memberi bantuan awal kepada mangsa serta suspek dan pemeriksaan mendapati terdapat 11 tikaman pada bahagian badan mangsa.
“Mangsa serta suspek telah dirujuk ke pusat perubatan untuk rawatan lanjut, manakala sebilah pisau dipercayai digunakan dalam kejadian itu dirampas. Satu kertas siasatan juga telah dibuka mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan,” katanya menerusi satu kenyataan.