Malaysia
Tiket konsert MCR dijual empat kali ganda lebih mahal

Peminat My Chemical Romance (MCR) kecewa bila tiket konsert di Bukit Jalil habis dalam beberapa jam sahaja. Lebih mengecewakan, ada ‘scalper’ jual semula tiket RM599 pada harga melampau, mencecah RM2,500.
Pengguna media sosial gesa orang ramai jangan terburu-buru beli tiket mahal dari scalper. Di platform Carousell, beberapa akaun sudah mula tawar tiket pada harga jauh lebih tinggi.
Sebanyak 60,000 tiket MCR South East Asia Tour 2026 pada 30 April depan sudah habis terjual yang mana ramai berharap pihak penganjur buka semula jualan standing zone atau tambah hari kedua konsert.
Tiket rasmi bermula serendah RM299 hingga RM1,099 tapi kini ramai hanya mampu lihat harga naik berkali ganda.