Sukan
Tiket perlawanan Man Utd di SNBJ mula dijual hari ini

Tiket perlawanan persahabatan antara Manchester United dan ASEAN All-Stars di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 28 Mei ini mula dijual kepada umum bermula jam 11 pagi, hari ini.
Tiket dijual pada harga antara RM50 hingga RM1,500 menerusi laman web www.myticketempire.com dan permintaan tinggi dijangka susulan sambutan awal yang menggalakkan.
Manchester United kali terakhir beraksi di Malaysia pada 2009 dalam siri jelajah pra-musim menentang pasukan pilihan Malaysia.