Malaysia
Tindakan DBKL terhadap 4 restoran di Bangsar kerana halang laluan pejalan kaki

DBKL ambil tindakan terhadap 4 buah restoran yang meletakkan meja dan kerusi sehingga menghalang laluan pejalan kaki.Tindakan ini dilakukan kerana mereka beroperasi tanpa kebenaran, mengakibatkan kesulitan kepada orang ramai.DBKL menyatakan perkara ini melalui hantaran rasmi di laman Facebook mereka.Notis kompaun telah dikeluarkan kepada keempat-empat premis yang terlibat.Meja dan kerusi yang menghalang laluan turut dirampas.DBKL menegaskan operasi seumpama ini akan diteruskan secara berperingkat.