Malaysia

Tindakan JPJ saman pemandu, penumpang bas ekspres agak keterlaluan

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) digesa menilai semula tindakan mengenakan saman RM300 terhadap pemandu dan penumpang bas ekspres yang tidak memakai tali pinggang keledar bermula esok.

Pengerusi Persatuan Pengusaha Bas Ekspres Melayu Semenanjung Malaysia, Abu Hassan Awang, berkata langkah itu dilihat terlalu tegas dan sepatutnya dimulakan dengan peringatan agar peraturan baharu ini dapat difahami dengan lebih meluas, memandangkan ramai penumpang bas ekspres adalah daripada golongan B40.

Sebelum ini, Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan, Aedy Fadly Ramli memaklumkan pemakaian tali pinggang keledar diwajibkan bagi semua pemandu dan penumpang bas ekspres serta bas persiaran mulai 1 Julai.

Peraturan ini terpakai untuk bas yang dibina selepas Januari 2020, manakala bas yang lebih lama diberikan tempoh untuk membuat pemasangan tali pinggang keledar.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker