Malaysia

Tindakan ke atas penyunting Sin Chew Daily adalah berasas – Fahmi Fadzil

Tindakan polis menahan Ketua Editor dan Timbalan Ketua Penyunting Sin Chew Daily bagi membantu siasatan berhubung isu Jalur Gemilang yang tidak lengkap di muka hadapan akhbar berkenaan, dibuat berlandaskan undang-undang.

Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil, berkata PDRM mempunyai kuasa mengikut undang-undang bagi menjalankan siasatan berhubung isu yang mencetuskan kemarahan orang ramai itu.

Katanya, siasatan terhadap isu ini dijalankan dari tiga sudut berbeza yang membabitkan Kementerian Dalam Negeri (KDN), Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).

Dalam pada itu, Fahmi yang juga Jurucakap Kerajaan Perpaduan serta Ahli Parlimen Lembah Pantai berkata, pembabitan MCMC dalam siasatan juga dianggap relevan, susulan Sin Chew turut menerbitkan kandungan melalui platform digital seperti e-paper.

Pada 17 April lalu, Ketua Editor dan Timbalan Ketua Penyunting Sin Chew Daily, ditahan bagi membantu siasatan berhubung isu berkenaan dan akhbar tersebut juga telah tampil memohon maaf.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker