Tinjauan: Jual gambar bogel bermula RM12 di media sosial, tanpa identiti sebenar
Kuala Lumpur, Julai 29 – Kebiasaan kita mengetahui media sosial digunakan untuk menjual produk-produk bagi menjana pendapatan, tetapi baru-baru ini Telus melakukan tinjauan di media sosial medapati segelintir masyarakat menggunakan platform itu untuk menjual gambar bogelnya bermula harga RM12 tanpa mendedahkan identiti sebenar.
Wartawan Telus, melakukan tinjauan di aplikasi ‘X’ dan mendapati beberapa pengguna bertindak menjual gambar bogelnya bermula harga RM12 dan ada juga dijual untuk harga lebih RM50 mengikut bilangan pengikut dalam akaun berkenaan.
Difahamkan juga, kebanyakkan pengguna tidak mendedahkan gambar mukanya di profil media sosial, malah memaparkan gambar badan dengan mengenakan pakaian yang mencolok mata.
Sementara itu, di Telegram pula, individu tidak bertanggungjawab bertindak menjual video lucah didakwa dibuat sendiri dan dijual megenakan harga mengikut durasi sesebuah video.
Terdahulu media laporkan, kesemua perkhidmatan media sosial dan pesanan internet, perlu memohon Lesen Kelas Pemberian Perkhidmatan Aplikasi di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588), akan dikuat kuasa mulai 1 Januari tahun depan.