EksklusifMalaysia

Tinjauan:21 Hari lagi untuk sambutan Deepavali; Peniaga di Brickfields sedang bersiap sedia

Kuala Lumpur, Oct 10 – 21 hari lagi menjelang perayaan Deepavali yang akan disambut oleh penganut Hindu di Malaysia.

Tinjauan Telus di pusat bandar, Brickfields, Little India mendapati rata-rata peniaga sudahpun sibuk mendirikan khemah untuk menjual barang-barang hiasan, pakaian, mahupun barang-barang ibadah bagi persiapan perayaan yang penting untuk penganut Hindu.

Ketika menemu bual dengan beberapa peniaga disitu, kebanyakkan mereka berkata orang ramai sering membeli barang-barang keperluan untuk Deepavali pada waktu malam iaitu selepas waktu pejabat hari bekerja, manakala pada hari minggu pula orang ramai membanjiri Brickfields seawal 10 pagi sehingga 10 malam.

Keadaan di Brickfields bakal kelihatan meriah, kerana rata-rata sudahpun dalam persediaan memasang lampu berkelip-kelip, menjual kalungan bunga malai berwara-warni, dan juga persiapan untuk menghias jalan di Brickfields itu.

Peniaga-peniaga di situ setia menunggu pembeli untuk membanjiri kedai mereka bagi menyambut sambutan Hari Deepavali sebagai tanda kemenangan kuasa kebaikan daripada kuasa kejahatan, secara simboliknya ditujukan dalam erti cahaya yang menerangi kegelapan.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker