Malaysia

TLDM siasat insiden rempuhan bot pelancong ketika LIMA ‘25

Orang ramai dikejutkan dengan insiden sebuah bot milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang hilang kawalan dan merempuh bot pelancong di Jeti Teluk Baru, Langkawi, dalam kejadian tular ketika raptai demonstrasi sempena Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2025 (LIMA ‘25).

Rakaman video memaparkan bot TLDM terbabit bergerak tanpa kawalan sebelum menghentam bot pelancong dan terkandas di kawasan darat sebuah pulau.

Ia sekaligus mencetuskan kebimbangan awam terhadap aspek keselamatan dan tahap kesiapsiagaan pasukan pertahanan laut negara.

Kelibat dua kru berada di kiri dan kanan bot, namun jurumudi tidak kelihatan ketika insiden berlaku.

Tiada penumpang di atas bot pelancong dan tiada kecederaan serius dilaporkan. Semua kru dihantar ke hospital bagi pemeriksaan lanjut.

TLDM dalam kenyataan rasmi mengesahkan insiden berlaku semasa latihan dan memaklumkan bahawa lembaga siasatan dalaman akan digerakkan segera bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker