Malaysia
TM:Gangguan internet, masalah kabel dasar laut – Unifi

Kuala Lumpur, Sept 20 – Telekom Malaysia (TM) memaklum mengalami masalah kabel dasar laut, sekali gus ia akan memberikan impak kepada penggunaan internet menerusi perkhidmatan Unifi.
TM menerusi Unifi di X berkata, pihaknya sedang berusah mengawal dan mengoptimasikan rangkaian internet buat masa ini.
Sebarang perkembangan berkaitan akan dimaklumkan dari masa ke semasa.
Bagaimanapun, tiada sebarang jangka masa diberikan bila gangguan ini akan selesai sepenuhnya.