Malaysia

TMJ: Berpindah ke negeri lain jika tidak puas hati cuti Sabtu-Ahad

Kuala Lumpur, Oct 11 -Pemangku Raja Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim bertitah kepada pihak yang kurang senang atau tidak berpuas hati demi agenda peribadi, nak melaga-lagakan rakyat atau kepentingan politik, mereka dipersilakan pindah ke negeri yang masih bercuti Jumaat dan Sabtu.

Semalam, pemimpin PAS Johor Mohd Mazri Yahya berkata hujung minggu Sabtu-Ahad adalah “peninggalan penjajah”.

Beliau juga bersetuju dengan ahli parlimen PKR dari Johor, Hassan Karim, yang menyuarakan bantahannya terhadap pertukaran itu pada Selasa lalu.

Ahli Parlimen Pasir Gudang itu berkata PKR berhasrat supaya Johor dapat mengekalkan hari cuti pada Jumaat dan Sabtu kerana ia merupakan hari yang suci bagi umat Islam serta ia dipandang tinggi.

“Mengekalkan hari Jumaat sebagai hari hujung minggu untuk menghormati hari kebesaran umat Islam di Johor tidak akan menjadikan negeri ini ketinggalan (dari segi ekonomi),” tambahnya.

Ahli Parlimen yang lantang itu mengakui bahawa beliau tidak mempunyai kuasa untuk mengubah keputusan itu tetapi menegaskan beliau masih mempunyai hak untuk menyatakan bantahannya terhadap langkah itu.

Sementara itu, Tunku Ismail menerusi satu posting bertitah keputusan itu dibuat selepas mengambil kira hasrat rakyat Johor untuk meluangkan lebih masa bersama keluarga dan kesan ekonomi positif yang akan menguntungkan mereka.

“Dengan izin dan restu Yang Di-Pertuan Agong, pandangan oleh Majlis Agama Islam Negeri Johor, Kerajaan Negeri, agensi-agensi kerajaan dan rakyat, maka saya telah membuat keputusan untuk Johor bercuti semula pada Sabtu dan Ahad,”titah baginda.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker