Kuala Lumpur, Oct 23 – TNT Communication Sdn Bhd telah memeterai memorandum persefahaman (MoU) bersama syarikat ESG Malaysia dan TM Enviro Industries Sdn Bhd sebagai rakan strategik dalam usaha meningkat dan mencabang peluang kitar semula sisa elektronik (e-waste) dalam negara.
Pengarah TNT Communication Sdn Bhd berkata,pihaknya memberi kepetingan dalam menyumbang kepada pelaksanaan nilai mampan serta kod tindakan dalam pengurusan e-waste.
Sementara itu, Ketua pegawai Eksekutif TM Enviro Thevaan Padma, berkata syarikatnya akan mengumpul bahan-bahan ‘e-waste’ dan akan mengitar semula dengan cara yang betul, dimana pengguna hanya perlu melayari laman ‘usedcomputers’ untuk mengetahu lebih lanjut cara untuk mengitar semula bahan-bahan elektronik yang tidak lagi diguna pakai.
Beliau berkata demikian selepas menghadiri program “Malaysia ESG E-Waste Contribution 2024: From Trash to Tech di Kuala Lumpur, hari ini.
MoU ini difahamkan menjadi tulang belakang utama bagi tiga syarikat ini untuk bekerjasama dalam usaha mengitar semula bahan elektronik lama kepada baharu khususnya masyarakat serta syarikat-syarikat elektronik dalam negara.