Malaysia

Tokong di Johor perkenal patung Mazu AI pertama dunia

Sebuah tokong Taoist di Johor memperkenalkan patung Mazu berasaskan kecerdasan buatan (AI) yang didakwa pertama di dunia, mampu berinteraksi dan menjawab persoalan para penganut.

Memetik laporan South China Morning Post, tokong Tianhou menyiarkan video menunjukkan penganut bertanya soalan kepada Mazu versi digital yang tampil sebagai wanita berbaju tradisional Cina, mirip pelakon Liu Yifei versi berisi.

Patung AI itu dibangunkan oleh syarikat teknologi tempatan, Aimazin, yang turut menawarkan perkhidmatan ‘klon AI’ manusia.

AI Mazu boleh menjelaskan ramalan, memberi nasihat, dan mendoakan keberkatan termasuk menasihatkan seorang pengguna supaya minum air suam jika sukar tidur.

Inisiatif ini diperkenalkan menjelang sambutan ulang tahun ke-1,065 dewi laut Mazu pada 20 April lalu, yang turut disambut masyarakat Cina di Malaysia, Singapura dan Indonesia.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker