Tol Percuma: Plaza Tol Seksyen 1 selama sebulan mulai hari ini sempena Hari Kebangsaan – Nanta
Kuala Lumpur, Ogos 30 – Mulai tengah malam ini, iaitu pada jam 12.01,pengguna Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat yang melalui Plaza Tol Seksyen 1, di Banting, tidak perlu bayar tol selama sebulan.
Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata pengecualian bayaran tol itu dilaksanakan sempena sambutan Hari Merdeka kali ke-6,7 selain menyambut setahun pelaksanaan inisiatif MyJalan oleh kerajaan.
“Pembukaan lebuh raya sepanjang 12.5 kilometer yang menghubungkan Jalan Dengkil – Banting ke Lebuhraya SKVE mampu menjadi pemangkin kepada pembangunan ekonomi serta kemajuan untuk kawasan selatan Selangor khususnya Kuala Langat,”katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan pembukaan Lebuhraya WCE Seksyen 1 di sini hari ini.
Mengulas, beliau berkata, pelbagai projek pembangunan sedang giat dilaksanakan di sekitar jajaran Lebuhraya WCE Seksyen 1, yang menawarkan pembangunan terancang,merangkumi kawasan IKS dan hab industri serta logistik bertaraf dunia.