Malaysia
Transaksi cecah RM7.1 bilion, majoriti anak muda gaji bawah RM5,000 terjebak BNPL
Trend “Beli Sekarang, Bayar Kemudian” (BNPL) terus mencanak, dengan jumlah transaksi melonjak ke RM7.1 bilion dalam separuh kedua 2024.
Ia merupakan lonjakan drastik berbanding RM4.9 bilion pada awal tahun lalu.
Menurut Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, seramai 5.1 juta rakyat Malaysia kini aktif menggunakan BNPL, dan yang lebih membimbangkan, majoritinya adalah anak muda berumur 21-45 tahun dengan pendapatan kurang RM5,000 sebulan.
Kini, 12 syarikat menawarkan perkhidmatan ini, mempercepatkan budaya “hutang dulu, bayar kemudian.”
Dengan trend ini, BNPL dilihat sebagai penyelesaian kewangan pantas, namun pengguna dinasihatkan berbelanja dengan bijak agar tidak terjebak dalam hutang yang membebankan.