Malaysia

‘Transfer’ RM100 guna chatbot dengan bank digital AI pertama Malaysia

Ryt Bank, bank digital pertama di Malaysia berasaskan teknologi kecerdasan buatan (AI) dan bank pertama di dunia berasaskan AI untuk pembayaran bakal dilancarkan pada 26 Ogos depan.

Pelancaran awal ini hanya terhad kepada kumpulan pertama dalam senarai menunggu yang menerima makluman melalui emel.

Antara ciri utama bank ini ialah Ryt AI, yang membolehkan pembayaran bil dan pemindahan wang dibuat dengan hanya berkongsi gambar atau tangkap layar kepada chatbot, tanpa perlu menekan banyak pilihan dalam aplikasi.

Pengguna juga boleh menaip arahan seperti “transfer” RM100 ke nombor akaun yang diinginkan dan sistem akan menyediakan transaksi untuk pengesahan mereka.

Ryt Bank ditubuhkan oleh YTL Digital Capital Sdn Bhd dengan syarikat internet pengguna dari Singapura, Sea Limited, sebagai pemegang saham utama.

Namun begitu, fungsi Ryt AI masih terhad kerana berada pada fasa Beta.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker