Dunia

Trump akhirnya sedar, AS perlu turunkan tarif ke atas barangan China

Donald Trump membuat pengakuan bahawa mustahil untuk Amerika Syarikat membangunkan hubungan perdagangan bersama China jika tarif import ke atas barangan tidak diturunkan.

Menerusi temubual bersama Fox News, trump mendedahkan bahawa AS perlu menurunkan tarif itu kerana jika tidak, mereka tidak akan dapat berniaga dengan China.

Malah, beliau menjelaskan bahawa China sangat mahu berniaga kerana ekonomi negara itu sangat teruk dan sedang merudum.

Namun begitu, Trump menegaskan bahawa beliau tidak berhasrat menurunkan halangan perdagangan yang sedia ada ke atas barangan China sebagai prasyarat untuk memulakan rundingan antara Washington dan Beijing.

Susulan beberapa langkah dalam perang perdagangan antara kedua-dua negara, tarif “timbal balik” tambahan AS ke atas barangan China mencecah 125 peratus, manakala tarif China terhadap barangan AS juga berada pada kadar 125 peratus.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker