Trump ancam, beri amaran keras kepada negara yang sokong Palestin

Pentadbiran Donald Trump memberi amaran keras kepada negara-negara dunia agar tidak menyokong sidang Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang membincangkan penyelesaian dua negara bagi konflik Israel-Palestin.
Trump dengan tegas menyatakan tindakan sebegitu boleh dianggap menentang dasar luar Amerika dan bakal berdepan tindak balas diplomatik.
Negara-negara yang mengambil tindakan anti-Israel selepas persidangan tersebut akan dianggap juga sebagai menentang kepentingan dasar luar Amerika.
Dalam perkembangan berasingan, ketegangan antara Elon Musk dan Trump dilihat semakin reda selepas Musk menarik balik beberapa kenyataan keras terhadap presiden itu.
Tindakan itu dibuat selepas perbualan dengan dua tokoh kanan dalam kem Trump, dipercayai sebagai usaha meredakan krisis yang berpotensi menjejaskan kepentingan perniagaan Musk, termasuk kontrak kerajaan dengan SpaceX dan Starlink.