Dunia

Trump kejutkan dunia dengan perkenal tarif 104% terhadap China

Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump mengenakan tarif baharu sebanyak 104 peratus ke atas semua barangan import dari China, berkuat kuasa hari ini.

Ia susulan kegagalan China menarik balik tarif balas terhadap barangan AS, menyebabkan Trump menambah tarif asal yang dirancang kepada jumlah lebih tinggi.

China sebelum ini hanya dijangka dikenakan tarif 34 peratus, tetapi ditambah kepada 84 peratus dan akhirnya menjadi 104 peratus selepas Beijing enggan berganjak.

China mengecam tindakan itu dan berjanji untuk bertindak balas, menyifatkannya sebagai “kesilapan berganda”.

Langkah ini menjejaskan pasaran saham AS dengan ketiga-tiga indeks utama jatuh. Trump sebelum ini mendakwa tarif dikenakan kerana penglibatan China dalam isu imigresen haram dan penyeludupan dadah ke AS.

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker