Trump pecat wartawan CNN lapor serangan ke atas Iran tidak kena sasaran

Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, mencetuskan kontroversi selepas menggesa pemecatan wartawan keselamatan negara CNN, Natasha Bertrand, berikutan laporannya mengenai penilaian awal risikan terhadap serangan udara AS ke atas kemudahan nuklear Iran.
Trump mendakwa laporan tersebut menyebarkan maklumat palsu dan menjejaskan reputasi juruterbang tentera yang terlibat.
Laporan itu menyatakan serangan ke atas tiga tapak nuklear utama Iran hanya memberi kesan sementara terhadap program nuklear negara itu, berdasarkan penilaian Agensi Risikan Pertahanan (DIA) dan turut disahkan oleh media lain seperti The New York Times dan ABC News.
CNN mempertahankan integriti laporan dan menyatakan ia berpaksikan maklumat sahih daripada pelbagai sumber.
Trump sebaliknya menegaskan serangan itu berjaya memusnahkan keseluruhan program nuklear Iran, walaupun penilaian rasmi menunjukkan sebaliknya.