Dunia
Trump persoal kelewatan pendedahan kanser dihidapi Biden

Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menyifatkan berita mengenai kanser prostat Joe Biden sebagai menyedihkan, namun mempersoalkan mengapa ia tidak didedahkan lebih awal.
Beliau turut mempertikai keberkesanan pemeriksaan kesihatan Biden semasa menjadi Presiden serta mempersoalkan tahap kesihatan mentalnya.
Trump merujuk kepada fakta bahawa kanser prostat dengan skor Gleason 9, seperti yang dialami Biden, lazimnya mengambil masa untuk mencapai tahap serius, dan menyifatkan kelewatan pendedahan itu sebagai sesuatu yang mengejutkan.
Trump dalam masa sama memaklumkan beliau telah menjalani pemeriksaan kesihatan dan kognitif secara menyeluruh serta lulus dengan cemerlang.