Dunia

Trump punca kerosakan besar kepada AS – Biden

Bekas Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden, mendakwa pentadbiran baharu pimpinan Donald Trump telah menyebabkan kerosakan besar dalam tempoh kurang 100 hari memimpin negara.

Biden, dalam kemunculan awam pertamanya sejak meninggalkan White House, menyifatkan langkah Trump mengecilkan tenaga kerja Persekutuan sebagai punca kelemahan sistem perkhidmatan awam ketika ini.

Antara yang terjejas termasuk laman web Pentadbiran Keselamatan Sosial (SSA) yang kerap mengalami gangguan dan menyukarkan akses pengguna.

Isu itu turut menjadi fokus utama pemimpin Demokrat yang kini melancarkan Hari Tindakan Nasional bagi membantah potensi pemotongan terhadap program keselamatan sosial.

Sejak kembali menerajui AS untuk penggal kedua, Trump bersama Elon Musk telah mengurangkan lebih 7,000 jawatan di SSA sebagai sebahagian inisiatif mengecilkan kerajaan menerusi Jabatan Kecekapan Kerajaan (DOGE) yang baharu ditubuhkan.

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker