Dunia

Trump ugut naikkan cukai ubat-ubatan sehingga 250%

Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump sekali lagi buat kejutan, kali ini dengan mengancam untuk mengenakan tarif sehingga 250% ke atas ubat-ubatan yang diimport ke Amerika Syarikat.

Menurutnya, tarif akan bermula dengan kadar kecil, sebelum meningkat kepada 150% dan akhirnya 250% dalam tempoh setahun atau satu setengah tahun.

Langkah ini dikatakan sebagai usaha untuk memaksa syarikat farmaseutikal asing pindahkan operasi pengeluaran mereka ke dalam AS.

Ia memandangkan banyak kilang ubat telah lama ditutup atau dipindahkan ke luar negara sejak beberapa dekad lalu.

Kerajaan Trump sebelum ini telah memulakan siasatan rasmi terhadap impak import ubat terhadap keselamatan negara, menggunakan peruntukan undang-undang yang memberi kuasa kepada Jabatan Perdagangan untuk bertindak.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker