Malaysia
Trump, Xi Jinping, Lula Da Silva antara pemimpin besar hadir ke Sidang ASEAN – Anwar

Empat pemimpin dunia Donald Trump (AS), Xi Jinping (China), Lula da Silva (Brazil) dan Cyril Ramaphosa (Afrika Selatan) dijangka hadir ke Sidang Kemuncak ASEAN pada Oktober ini.
Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, persidangan itu bakal menghimpunkan kuasa-kuasa besar dunia bersama pemimpin rantau.
Namun kata Anwar, memastikan kehadiran mereka hanya langkah pertama kerana cabaran sebenar adalah memastikan kehadiran mereka memberi impak bermakna kepada Malaysia dan ASEAN.