Uncategorized
Tsunami kecil di Jepun, susulan gempa bumi di Miyazaki 7.1 magnitud – Agensi Meteorologi Jepun
Kuala Lumpur, Ogos 8 – Jepun melaporkan tsunami kecil di bahagian barat daya, susulan gempa bumi berukuran 7.1 magnitud yang melanda wilayah Miyazaki hari ini.
Menurut Agensi Meteorologi Jepun, Pelabuhan Miyazaki di selatan wilayah Miyazaki dilanda ombak tsunami setinggi 50 sentimeter (cm) selepas gempa itu.
Agensi itu turut mengeluarkan amaran tsunami bagi wilayah Miyazaki, Kochi, Ehime, Oita, Kagoshima di pulau Kyushu dan Shikoku.
Difahamkan, gempa bumi itu berlaku kira-kira jam 4.43 petang waktu tempatan pada kedalaman 30 km dengan pusat gempa terletak di perairan Hyuga-nada di selatan Kyushu.