Malaysia

Tujuh kali beri keterangan SPRM, siasatan Ismail Sabri 15-20 peratus selesai

Siasatan kes rasuah dan pengubahan wang haram melibatkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob kini selesai sekitar 15 hingga 20 peratus.

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki berkata, pihaknya akan memanggil semula bekas Perdana Menteri itu dalam tempoh dua minggu lagi.

Jelasnya, SPRM akan memanggil Ismail dalam tempoh dua minggu lagi kerana ada beberapa dokumen yang perlu disediakan dan kes ini masih lagi berjalan.

Tambah Azam, kali ini siasatan adalah berhubung dengan pengisytiharan harta, jadi ia memang akan mengambil masa sedikit.

Sebelum ini, Ismail Sabri sudah tujuh kali dipanggil SPRM, dengan kali terakhir pada Khamis lalu.

Beliau disiasat berkaitan kes rasuah dan pengubahan wang haram berhubung perbelanjaan dan perolehan dana untuk promosi serta publisiti program Keluarga Malaysia ketika tempoh perkhidmatan beliau dari Ogos 2021 hingga November 2022.

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker