Dunia

Tulang rangka dinosaur dilelong pada harga RM207.9 juta di Amerika Syarikat, pecah rekod

Kuala Lumpur, Julai 18 – Tulang rangka dinosaur Stegosaurus dijual pada harga lebih RM200 juta dan ia juga dilapor memecahkan rekod lelongan untuk sebuah fosil.

Menurut sumber, firma lelongan Sotheby’s memaklumkan rangka itu diberi nama Apek, dan ia setinggi 3.4 meter dan 8 meter panjang merupakan antara rangka dinosaur yang paling lengkap pernah ditemui

Difahamkan, tulang rangka haiwan dijual kepada pembeli yang enggan dikenali.

Apex ditemui oleh ahli paleontologi pada tahun 2022 di bandar Dinosaur yang terletak di negeri Colorado, Amerika Syarikat dan haiwan itu dipercayai hidup di muka bumi kira-kira 150 juta tahun lalu iaitu pada zaman Jurasik Akhir.

Terdahulu rekod penjualan rangka dinosaur pernah dicipta pada tahun 2020 iaitu untuk tulang Tyrannosaurus Rex, yang dikenali sebagai Stan, mencecah harga lebih 31 juta dolar Amerika Syarikat.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker