Malaysia

Tun Abdullah diberi penghormatan Istiadat Pengebumian Negara

Kerajaan memutuskan untuk menganjurkan Istiadat Pengebumian Negara bagi Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi pada Selasa.

Menurut Jabatan Perdana Menteri (JPM), jenazah Perdana Menteri ke-5 itu akan dibawa ke Masjid Negara pada pukul 8 pagi untuk pengurusan jenazah.

Penghormatan terakhir akan berlangsung di Dewan Solat Utama Masjid Negara dari pukul 11 pagi hingga 1 tengah hari. Jenazah akan disembahyangkan selepas solat Zuhur sebelum dikebumikan di Makam Pahlawan, Masjid Negara.

JPM menetapkan etika pakaian rasmi bagi pelawat, termasuk baju kebangsaan hitam bersongkok untuk lelaki Islam dan pakaian sopan berwarna gelap bagi bukan Islam. Wanita Islam perlu memakai baju kurung atau kebaya labuh berwarna gelap bersama tudung putih.

Semua bangunan dalam lingkungan dua kilometer dari Masjid Negara perlu mengibarkan Jalur Gemilang separuh tiang sehingga selesai istiadat.

Tun Abdullah, 85, meninggal dunia di Institut Jantung Negara pada jam 7.10 malam akibat masalah pernafasan.

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker