Malaysia

Tun M jemput orang Melayu dalam Umno bergabung, elak pecah-belah

Tun Dr Mahathir Mohamad tampil dengan satu lagi usaha politik baharu yang mana kali ini menerusi Sekretariat Orang Melayu, sebuah gabungan yang digerakkan untuk menyatukan orang Melayu demi mengembalikan penguasaan politik dalam negara.

Walaupun membawa nama besar, Mahathir tidak mengajak Umno secara rasmi, sebaliknya mempelawa ahli-ahli Melayu dalam parti itu untuk menyertai gerakan tersebut atas dasar perjuangan bangsa, bukan kepartian.

Gabungan ini bukan parti politik, sebaliknya digambarkan sebagai ‘payung besar’ yang menghimpunkan semua pihak beraliran Melayu termasuk PAS dan Bersatu agar tidak terus berpecah kepada kumpulan-kumpulan kecil yang lemah.

Antara yang hadir dalam sidang media pengenalan sekretariat ini termasuk pemimpin Perikatan Nasional seperti Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Seri Hamzah Zainudin dan Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man.

Mahathir turut menyuarakan kebimbangan terhadap apa yang dilihatnya sebagai ancaman kepada kedudukan orang Melayu termasuk isu kebebasan bersuara yang disekat apabila hal-hal sensitif seperti kaum, agama dan raja tidak boleh dibincang secara terbuka.

Menyedari media arus perdana mungkin tidak menyiarkan pandangannya, Mahathir berharap rakyat khususnya orang Melayu di kampung-kampung lebih peka dengan situasi semasa dan tidak terus terleka.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker