Tun M kembali sihat, mohon maaf tidak dapat bersama semasa ‘picnic’ semalam

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad memaklumkan beliau kini sudah kembali sihat selepas menerima rawatan di Institut Jantung Negara (IJN) susulan masalah keletihan yang dialami semalam.
Menerusi satu video terbaharu, Dr. Mahathir memohon maaf kepada semua kerana tidak dapat terus bersama-sama ribuan hadirin dalam program Picnic & Potluck yang diadakan di Tasik Putrajaya.
Katanya, beliau terpaksa berehat dan menjalani pemeriksaan di hospital seperti disarankan doktor, namun hanya sekejap sebelum dibenarkan pulang.
Sekarang beliau memaklumkan kembali pulih setelah dirawat oleh doktor dan boleh teruskan rutin bekerja seperti biasa.
Terdahulu, Dr. Mahathir sempat mengayuh basikal secara tandem sejauh kira-kira lapan hingga sembilan kilometer sekitar tasik sebelum dilihat keletihan dan meninggalkan program lebih awal.
Program santai itu dianjurkan bersempena sambutan ulang tahun kelahiran ke-100 Dr. Mahathir pada 10 Julai lalu serta ulang tahun ke-99 isterinya, Tun Dr. Siti Hasmah Mohamad Ali pada 12 Julai, dan dihadiri lebih 500 tetamu yang hadir untuk bersarapan bersama-sama di tepi tasik.