Malaysia

Turkish Airlines:Juruterbang bertemu ajal di udara ketika dalam perjalanan dari Seattle ke Istanbul

Kuala Lumpur, Oct 10 – Malang tidak berbau apabila seorang kapten pesawat bertemu ajal ketika dalam perjalanan dari Seattle ke Istanbul.

Juruterbang İlçehin Pehlivan, berusia 59 tahun dari pesawat Turkish Airlines difahamkan melakukan pendaratan cemas di New York pada Rabu lalu, selepas didapati beliau meninggal dunia di udara, kata seorang pegawai syarikat penerbangan.

Juruterbang itu dilaporkan tidak sedarkan diri selepas penerbangan 204 berlepas dari Seattle pada Selasa malam, kata jurucakap Turkish Airlines, Yahya Üstün dalam satu kenyataan.

Bantuan perubatan kecemasan yang diberikan ke atas Pehlivan gagal memulihkan juruterbang itu dan pembantu juruterbang memutuskan untuk melakukan pendaratan cemas.

Pehlivan bagaimanapun, menghembuskan nafas terakhir sebelum pesawat mendarat, kata Üstün.

“Turkish Airlines amat merasakan kehilangan kapten dan mengucapkan takziah kepada keluarga, rakan sekerja dan semua orang tersayangnya yang ditinggalkan,” kata Üstün.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker