Dunia
Turkiye rekod cuaca panas melampau, suhu 50.5 darjah celsius

Turkiye mencatat suhu tertinggi dalam sejarah negara itu apabila 50.5 darjah Celsius direkodkan di Silopi, wilayah Sirnak yang bersempadan dengan Iraq dan Syria.
Bacaan luar biasa itu memecahkan rekod sebelumnya iaitu 49.5 darjah Celsius pada Ogos 2023.
Sebanyak 132 stesen meteorologi di seluruh negara turut mencatatkan suhu tertinggi bagi bulan Julai, menandakan gelombang haba ekstrem sedang melanda negara tersebut.
Keadaan itu telah mencetuskan kebakaran hutan di beberapa wilayah termasuk Karabuk, memaksa pemindahan penduduk dan memerlukan operasi pemadaman berterusan selama beberapa hari.
Di Eskisehir, 10 orang dilaporkan maut ketika cuba memadamkan kebakaran pada 23 Julai lalu.