Malaysia

TVET semakin menjadi pilihan, lebih 100,000 permohonan diterima

Sebanyak 106,000 permohonan telah diterima daripada belia seluruh negara untuk menyertai kursus Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) sejak proses permohonan dipusatkan melalui Unit Pengambilan TVET (UPTVET) awal bulan lalu.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, angka itu dijangka mencecah 150,000 menjelang akhir Jun, sekali gus menunjukkan keberkesanan pendekatan baharu tersebut.

Menurutnya, TVET merupakan laluan alternatif yang praktikal bagi belia yang tidak cemerlang dalam akademik, kerana kemahiran seperti Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 (SKM-3) sudah setara dengan SPM dan boleh memperoleh gaji minimum RM2,500. SKM Tahap 4 dan 5 pula setaraf diploma.

Ketika ini, enam universiti telah menawarkan laluan TVET termasuk UniKL, UTHM, UTEM, Unisel, UniMAP dan UMPSA.

Ahmad Zahid turut memaklumkan kerajaan juga memberi perhatian kepada 1.16 juta belia yang terlibat dalam sektor e-hailing, p-hailing dan industri kreatif.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker