Ugut letak jawatan? AJK PKR berisiko disenarai hitam bertanding semula – Fahmi Fadzil

PKR memberi amaran bahawa ahli jawatankuasa (AJK) bahagian yang mengugut meletak jawatan selepas keputusan pemilihan parti baru-baru ini berisiko disenarai hitam daripada bertanding semula, jika pemilihan semula perlu diadakan.
Ketua Penerangan PKR, Fahmi Fadzil berkata, tindakan seperti itu boleh mengganggu kelancaran parti termasuk perjalanan Kongres Nasional akan datang.
Beliau mengulas isu AJK Bahagian Lenggong dan Masjid Tanah yang tidak berpuas hati dengan ketua bahagian terpilih, namun kedua-dua kumpulan akhirnya menarik balik hasrat mereka.
Fahmi turut memaklumkan bahawa pemilihan kali ini berlangsung lebih aman dan teratur tanpa insiden tidak diingini.
Sementara itu, persiapan Kongres Nasional PKR dari 21 hingga 24 Mei di Johor Bahru berjalan lancar, dengan kempen dijalankan secara neutral tanpa kebenaran ‘cai’ atau kempen berkumpulan. Hari pengundian dijadual pada 23 Mei.