Malaysia

UiTM Nafi Dakwaan Paksa Pelajar Bukan Islam Sertai Program Keagamaan

Universiti Teknologi Mara (UiTM) menafikan dakwaan bahawa pelajar bukan Islam dipaksa menyertai program Islamik semasa Kem Identiti dan Kerohanian Siri 20 pada 11 Januari lalu.

Dalam kenyataan, UiTM menjelaskan program tersebut melibatkan 2,447 pelajar semester pertama, termasuk 34 pelajar bukan Islam. Aktiviti dijalankan secara berasingan, dengan pelajar Islam menghadiri ceramah pengurusan jenazah di dewan utama masjid, manakala pelajar bukan Islam menghadiri ceramah etika sosial di Dewan Muktamar dari 2.30 petang.

Ceramah etika sosial memberi penekanan pada nilai etika dalam pelbagai situasi sosial, diikuti sesi minum petang sebelum pelajar bukan Islam dibenarkan pulang.

UiTM menyatakan keputusan menggunakan masjid sebagai lokasi dibuat untuk kemudahan dan penjimatan sumber. Walau bagaimanapun, universiti mengakui terdapat kekeliruan akibat isu komunikasi dan poster program, dan akan memperbaiki pengurusan serta maklumat promosi bagi mengelakkan salah faham pada masa hadapan.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker