Dunia
Ular berbisa ditemui beku di dalam ais krim

Seorang lelaki di Thailand menjadi tular selepas menemui seekor ular beku sepenuhnya di dalam ais krim yang dibelinya dari gerai jalanan.
Rayban Naklengboon, dari Pak Tho di wilayah Mueang Ratchaburi, berkongsi gambar penemuan mengejutkan itu di media sosial, mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan pengguna.
Ais krim kacang hitam merupakan makanan popular di Thailand, namun dalam kes ini, kepala ular hitam dan kuning jelas kelihatan di dalam ais krim tersebut.
Netizen berpendapat reptilia itu mungkin golden tree snake, spesies berbisa ringan yang biasa ditemui di rantau tersebut.
Kejadian ini mencetuskan persoalan mengenai kawalan kualiti dan kebersihan produk makanan jalanan di negara itu.